BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat Datang ke Blog Saya...

Wednesday, April 21, 2010

kenanganku-Wataniah part 2

aritu aku dah cite pasal kenangan masa "Latihan Asas Parajurit Muda". skang nk citer pasal Sambutan Hari Merdeka kat Kuantan Pahang lak. Time nie ader sambutan & perarakan kemerdekaan peringkat kebangsaan kt Kuantan pada 2004. ader kereta berhias n kontigen2 dari pelbagai persatuan & pasukan yg join perarakan nih. Nie adalah first time bagi aku n kengkawan utk menceburkan diri dlm xtvt yg "besar" nie. Jadi aku n da gang adalah antara wakil kepada kontigen Askar Wataniah.


Latihan berkawad dan bermara dari Padang Masjid kt tangah bandar Kuantan tu sampai la ke kawasan lapang tepi pasaraya Giant mengambil masa dlm seminggu. Sebelum mara beramai2 dgn pasukan kontigen yang lain, kami berlatih dulu kat Refimen 505 Askar Wataniah, Kem Teluk Sisik, Kuantan (kat Taman Gelora, sebelah IKIP Kuantan). Hujan panas pun berkwad dgn senjata (M16). Lenguh tgn nk pegang senjata tapi semangat punyer pasal....redah jer.


Sesudah berhempas pulas berkawad, kami suma dihantar menginap di hotel2 yang berdekatan dgn tapak kejadian (cewah...). sebab ramai sgt, kami terpaksa 'berpisah' hotel sbb xckp bilik. ade yg kena dok kt hotel budget (boys la selalunyer). Lucky for me n da gang, kami menginap kat Mega View Hotel. Kira ok la dari budget hotel hehehe. nice meals, nice bed.. actually di situ juga para Tentera Udara (kalo x silap aku la) menginap. wuii...segak2 belaka...miaw...





Dan disinilah juga....dh call bilik ke bilik free kot jadi....jeng2!!!!! adalah 2,3 kerat kwn2 aku nie bergayut dgn abang2 tentera nih. (boleh tahan romeo abg2 air-force ni). ala....boring memalam xwat aper,gayut saja la... leh kenal2, x gitu cik Jemah???




Ala...bukan Jemah jer yg berkenal2an, aku pun ader gak hehehe. dgn Bahar. dak Jerantut kot. selain tertarik dgn mata hitam dia yg lagi besar dari mata putih...(comel tuh mata dia), aku juga rasa mcm agak2 hepi bila nengok dia sbb dia kuat melatah!! Hahaha...lawak betul bila igt2 balik. alkisah..ader masa tu sarjan bagi taklimat.. "Dengar sini skuad!!" jerit sarjan. "Sarjan!!" jawab kami balik. entah mana makhluk dah cucuk si Bahar ni. apa lagi...menjerit la mamat ni. "Sarjannn!!!" dia jerit. masa tu semua gelakkan dia hahaha...malu tul. (aku kawan skejap jer dgn dia. xder jodoh..)


Sepanjang raptai, kami berkenalan dgn ramai gak anggota2 dari pasukan lain. bomba, Sukarela Tentera Laut, Anggota Rela n so on. Ada beret biru cair, ader beret oren, ader beret maroon. mcm2 kaler. Ramai beb, tapi ramai gak yg melatah. haha...yg klakanyer lelaki kebanyakan yg melatah. paling best ader sorang mamat tu otomatik berenti bila org kata "tweet" kt dia. masa tu member2 dia wat dia betul2 mcm patung sbb dia x bergerak! hahaha..ader gak latah cmtu yek.




Tibalah pada Hari Jadi perarakan tu. (Hari Jadi merujuk kepada hari xtvt tu akan berlaku). Dengan but yang hitam berkilat, uniform yang bergosok sampai 'tajam' kt lengan baju. tu kalo cicak jatuh tu terbelah dua beb.. Muka turut diconteng dgn kaler hitam,coklat n hijau. untuk penyamaran la kononnyer. x caya tgk gmbar2 nih. bila berpeluh.... pedihnyer bijik mata nie bila peluh masuk mata. untuk aweks wokyoh yg mukanya sensitip..jerawat la jwbnyer huhu.. anyway,muka mmg dah berbelang dah sbb berjemur bawah matahari sepanjang raptai. aku igt lagi...tiap kali balik kampung bila abis kursus or latihan,mak aku

mesti kata anak dara dia dah itam sebab xtvt nih. nampak gigi jer. "Yea ma,ni memang anak mama".
Aku pun x tahu aku yg mana satu huhu....

lepas dgr taklimat, n what so ever,baru la kami berarak sampai ke tepi pasaraya Giant tuh. sampai dpn pentas, muka kena mengadap belah kanan coz menghormati Sultan kt pentas. then, bergerak la kami sampai ke destinasi yang dituju. letih...nak diikutkan memang jauh. naik bas dari bandar ke Giant tu ada la kena bayar dlm 50sen atau 70sen (sori aku dh x ingat sangat). Tapi sbb jalan beramai2 n semangat, rasa mcm sekejap je berjalan. baju mmg dah lencun dengan peluh tapi kami enjoy... bukan slalu dpt join benda2 yg berfaedah ni. dpt pengalaman, kwn baru, n 'elaun' hehehe... yang penting ikhlas...





P/S: aku teringat tiap kali ader perbarisan. member2 yg iron lengan baju bagai nk rak tu mesti kata, "Tepi! Tepi! Kena kang luka..." Siap iron boh lilin tuh...nk bagi nmpk licin n kemas

0 comments: