BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat Datang ke Blog Saya...

Wednesday, May 26, 2010

I-City di Shah Alam.... Cantik...

                                       Cantik kan..... Tengok dari jauh macam gula2 kapas jer....




Ha.....ni nk tunjuk betapa Malaysia pun kreatif n cantik setanding dgn luar negara. Tempat ni di I-City, Shah Alam. X silap aku, kat Federal Highway dah leh nmpk tempat ni. Korang gi ke Shah Alam, cari jer signboard I-City. Kompem dpt cari. Pergi siang pun cantik...inikan pulak pegi waktu malam. Sinar lampu LED yg berwarna warni, dibentuk pulak dgn benruk pokok...beruang...burung bangau....tupai...mcm2 lagi la... Korang tgk jer la gambar2 nie.... X banyak gambar sgt tapi rasanyer leh la inspire korang untuk berkunjung ke tempat tu... Jgn lupa bawa family skali.... sure anak2 kecik korang enjoy kat sana.....


Nie 2 org adik lelaki aku.... Besar dari aku kan hehehe

Award Dari Kak Azie Zam

P/S: Award dr Kak Azie.... TQ very much.....hehehe.... nak kena boh byk benda lagi dlm blog nie. baru la lebih creative...

Monday, May 24, 2010

Bengang!!!!

Ari ni agak2 bengang..... Dah la air xder kt umah. Nk mandi pun kena amik air kat surau. sebaldi je tau....
Moto lak wat hal. Smalam br jer anta bengkel. aku xtahu la aper masalahnyer tapi adik aku g antar. Pagi nie aku tgk moto....adui.... Aper yg diorg repair?????? Tempat masuk kunci tu tercabut. Bila aku masukkan kunci, dia msk separuh jer. aku dah nk mengamuk.....aku tny ma n adik aku n dgn selambanyer dia jwb.... "Sebelum nie adik pakai mg mcm nie......"
Warrggghhhh......br je sabtu tu aku pakai ok. leh jer kunci masuk semua. Bengangnyer.....entah hape lagi adik aku menjawab, aku pun melenting, dia pun melenting..... maka bertekak la aku n dia. Rasa kecik jer aku tgk dia walaupun dia lg tinggi dari aku.
On the way ke ofis, leh lak kunci tu tercabut..... Panik aku. Nasib baik jatuh dpn LENO. Kalo jatuh sepanjang jln raya ke ofis nie????? Eiiiii.....tensennyer aku....... Entah hape yg diorg repair smlm kalo mcmni yg jadi kt moto aku......

P/S: Lately nie mood mmg x menentu.....

Sunday, May 23, 2010

Shahir Juara AF8

Wakakaka.....Shahir Juara!!!! Amin..... X sia2 aku undi dia. Walaupun cuma satu undian tapi membantu tau....
Lagu first dia tu nmpak mcm dia stress sgt tapi masa round ke dua (Biru Mata Hitamku) Wah...best giler. Jantan habis.
Adira pun best gak tapi lagu first dia tu mcm xsyok. Xdengar sgt note rendah dia. Daus pun ok....xsangka dia leh bawa lagu Yusri tu. Lagu terbaru dia lak nmpk funny bila dia joget tah hapa2 dia tu. Maulana....kecian dia. Rasanya malam tu dia best sgt tapi nak wat cmner...peminat dia sendiri kurang undi dia. Iwan...x comel la potong rambut gitu...

Masa Shahir nyanyi selepas diumukan sebagai juara nmpk kiut n sweet sgt sbb dia pergi ke ibu bapa dia. sambil salam sambil nyanyi...sempoi sgt. rasanyer lagi tenang n best dari round first tu hehehe...

Anyway....Shahir dah pun juara n tu rezeki dia ok.... Kepada pengundi Adira yg nk mengata tu terutama yg ngata kat Astro Channel 109 tu...salahkan diri sendiri sbb x undi Adira. Korang x undi sapa suruh kan??? Pastu nk kecoh Shahir x layak.... Lain kali kalo nk pujaan korang tu menang, korang undi la.... wekk....
Tahniah Shahir!!!!!

Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


P/S: Ader gak peminat yg ckp undian mereka disekat... Manusia...macam2 peel. Drama king jer suma tuh...

Thursday, May 20, 2010

Can a family man with Salary RM3000 survive in Malaysia???

Ni ader la msg yg dh di forward oleh kwn2 ms study dulu...Saje nk post kt sini wat renungan...

Let ' s do some simple calculations here.


In Malaysia , the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn ' t).
I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000, but, to make things simple,
let ' s take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let ' s start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ......
Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 ... can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don ' t think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so...

No Astro,
No movie @ cinema,
No DVD,
No CD,
No online,
Cannot KFC,
Cannot McDonald,
Cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
No chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let ' s use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM3,610 already...

EPF belum potong, income tax lagi........oledi RM3,610 ...

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???
Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don ' t eat? Don ' t work? Don ' t send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don ' t earn RM3,000/month!!!

What is this? Inilah Malaysia Boleh... Sorry... it should be Malaysians Boleh , because we ' re still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

Please forward and comment boleh or tak boleh. No wonder so many Ah Loong around..

P/S: Maknanyer yg gaji seribu tu....kira si tahap miskin tegar la nih????

Wednesday, May 19, 2010

Cinta itu buta...

Hidup terlalu singkat. Kadang kala kite "On Top of The World" n kadang2 kiter jatuh terduduk di bawah. Lagi parah bila jatuh,ditimpa tangga, dipijak2 lagi... emm...dunia x sumernyer indah.
Macam maner pulak kalo ia terjadi pada org terdekat kiter? Ape kita nak wat? Kiter tumpang simpati...tapi berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.
Andai kata org terdekat kiter tu ditimpah musibah yg melibatkan fizikal n emosi?? Maybe xcident...mengalami kecacatan seumur hidup. Kiter masih setia bersamanye atau kiter teruskan perjalanan hidup kiter tanpa dia? Ader gak yg setia...baru2 ni kuar kat berita. Respect kat perempuan tu sbb masih setia n kawin dgn jejaka tu walaupun suaminya tu dah mengalami kecacatan anggota badan.
Macam mana pulak kalo insan terdekat kiter tu mula buat benda2 yg xpernah disangka oleh kiter? Maybe dia wat benda yg dilarang oleh agama n negara???? Kiter nampak luaran n mula menghukum dia. "Kenapa jadi begini? Mesti dia...bla..bla..". Mesti kiter pikir begini kan... Kalo insan tu meluahkan aper yg terjadi n aper yg terpendam dlm dirinya selama ini..kiter pulak.. "Dia sepatutnye...bla..bla...". Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia.....

Masa ni aper kiter nk buat?? Tinggalkan dia?? Terus kiter lupakan semua yg bahagia n indah2 bersama dia hanya kerana satu silap dia? Kalo kiter terima kesalahan n kemaafan dia, boleh ke dia jamin yg dia xkan wat lagi? Aper pulak pandangan family n masyarakat sekeliing kalo kiter x terima ATAU terima dia lagi. Bodohkah kiter utk terima dia atau pentingkan dirikah kalo kiter tinggalkan dia?

Cinta mmg buta... Ader yg mengatakan Ikut Kata Hati setiap kali kiter ragu2 nk wat keputusan. (Dlm movie hindustan slalu dgr ayat diorg mcm nie..). Tapi kalo hati korang tu nk wat benda yg dah sah2 salah...korang nk ikut kata hati lagi ker?? Tepuk dada tanya selera...tapi kalo selera kiter sentiasa berubah2??

P/S: Cinta tak mengenal siapa. Tapi zaman skang nie cinta mmg kenal duit not kaler biru...hijau...

Monday, May 17, 2010

Wedding Zana (My Cousin)

Selamat Pengantin Baru....

Pada 15 Mei 2010, Zana selamat menjadi isteri orang.... Akhirnyer keluarga Cik Din terima menantu pertama dlm family dia. Tahniah diucapkan n semoga Zana dan suaminya berbahagia, kekal ke anak cucu, amiin...... Aku bila lagi yek,huhuhu..... Sume makcik dah tanya...sepupu yg lagi muda dari aku pun dah tunang. aku nie bila lagi..?? aku jawab...rileks dulu...enjoy zaman bujang hehehe...
                                                                                                                      
Ni la pengantin baru & bakal pengantin baru hehehe...
Orang besar nak makeup, budak kecik pun nak make up gakkk....




Bersama cousin...
Cun tak cousin2 i???

Aisey...macam pengantin la pulak...ahaks..


Anis, Aku, Hanan n Zimah. Control ayu sume...Makan time...

Mak Long, Mama, Cik Ros, Hidayah & Soleha
Actually,mamat silat yg tengah tu hensem tau...hehehe

Sunday, May 16, 2010

Kenapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.


Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?

Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…

…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.

Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….

Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.

1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.



P/S: Emm...bila baca artikel nie...rasa2nye sumenyer betul. kena kat batang hidung sendiri...

Friday, May 14, 2010

Berhati2 Sekiranya Bakal Suami anda Seorang Programmer

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer", anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari.


Ini adalah contoh daripada seorang hamba Allah yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari..................

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami: Errorneous syntax. Abort?

Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami: Variable not found...

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami: Sharing Violation. Access denied...

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami: Too many parameters...

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami: It's by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?

Suami: File in use ... Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?

Suami: Unknown Virus.
 
P/S: Kepada yang bakal suaminyer Programmer....berhati2 laa...

Wednesday, May 12, 2010

Isi Borang untuk Kerja Kosong

Guys!!! Tomorow sampai ahad (14/5/10-16/5/10) ader Karnival Kerjaya di PWTC. Ramai la ke sana kot2 ader jawatan n masa depan yg cerah utk kiter... Pakai kemas2 n resume kena baik... tapi...jgn contohi cerita di bawah ni....
.

.
Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

P/S: Jgn ikut kerenah pelik si ajoi nie tau.... Comfirm xdpt kijer...

Janet & John

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.


Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, “John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Janet.

John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

“Sekarang, buka kasut but ku.”

John buat, perlahan sekali.

“Buka, setokin ku..”

Dia buat juga.

“Sekarang, buka skirt ku.”

Dia buat juga.

“Sekarang buka coliku.”

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

“Sekarang….buka seluar dalamku…”

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata…



“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”

P/S: Hahahah… apa yg korang pikir tu hah? otak kotor ek..?

Monday, May 10, 2010

Hadiah Hari Jadi

(Sila baca dan bayangkan....gunakan imiginasi anda....)

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!


Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.


Yang Menyayangimu,

Usop Jendul



Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu.....

Keluhan Suami Isteri

Keluhan seorang SUAMI:


Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..hahahhaahahahah

P/S: Susahkan bila dah kawen???

Badminton Fever

Wah...penatnyer smalam main badminton. X ilang lagi penat menunggu di pejabat Imigresen satu hari, malam nk kena main badminton lak. Untuk mix, aku n Abg Hacik bertemu dn Eugene n Ning. Menang beb.... MENANG...GUNG KEKALAHAN & MALU..... Untuk Double Women lak aku n Naemah bertemu Joanne n Nancy. Menang lagi beb.... Menanggung kalah n malu lagi huhu..... Tapi xper...yg penting kami enjoy....& misi Naemah untuk kuruskan badan diharap berjaya dgn berkat kami kena main lagi 3 hari berturut2. Ari nie lawan Kak Suhaila & Kak Wati lak.. Harap2 kami menang la ari nie hehehe.... xdapat tempat pertama..dapat no 3 pun jadi la huhu...
Aku n ImahKhusyuk main tau walaupun kalah...hehe

Thursday, May 6, 2010

Hepi Mother's Day

Guys....ari Ahad nie (09.04.10) adalah Hari Ibu...
So? Sudahkah anda membeli hadiah untuk Ibu anda? Beg tangan, jam tangan, gelang tangan, keronsang atau aper saja yg barang yang Ibu anda dah lama....idam atau perhatikan.
Atau ader terlintas di fikiran nak celebrate Ibu anda dgn berjalan2? Maybe blanja makan malam...n lepas tu ronda2 sekeliling KL. Saja tgk lampu2 kat KL...(Mesti jam masa tu)
Atau ader yang nk sambut di rumah saja? Berkumpul adik beradik, asakkan makanan yang special, n beli sebiiji kek dan makan beramai2. Masa tu mesti best kalo berborak sambil mengimbas kenangan masa kecik2 dulu...
Untuk yg jauh dan xdapat bersama Ibu, takda salahnyer kalau anda kirimkan kad ucapan Selamat Hari Ibu. Call lagi afdal sbb leh dgr suara. bagi yg xcukup krdit tu...anta SMS pun boleh....
Tapi perlu diingatkan....bukan hari Ibu jer kiter kena wat baik n appriciate Ibu kiter... Hari2 kita kena ingat n layan dia dgn baik sbb ...
Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu.....

P/S: Selamat Hari Ibu, Mama....

Wednesday, May 5, 2010

Terlambat Sebulan....

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, ” ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata ” ini rumah En. Mahpus ker?”
“iya, saya ni isterinya. ada apa encik”. Pegawai TNB tu pun berkata, ” Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.” APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???”
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab ” ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
“APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? “
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan” Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
"nanti saya bincang dengan suami saya". lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata..
 “Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr???? bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???"

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
 “sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

“APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….” Jerit Si Mahpus..

Lalu pegawai TNB tu pun cakap
” kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya………..”

Si Mahpus mencelah ” apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap ” nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA”

???????????????????…………………

P/S: Ego n baran tak tentu pasal akan menyebabkan diri ternampak la sangat bodohnyer.....huhu

Tuesday, May 4, 2010

Kedai Roti

Terdapat sepasang suami isteri yang sentiasa krisis (gaduh2 manja kot..) Suatu hari si isteri berkata pada si suami yang sedang kusyuk tengok bola.

Si Isteri: Bang, paip air dah rosak. Tolong betulkan sebab airnya tak keluar.
Si Suami: Betulkan paip?? Awak ingat saya kerja di Jabatan Bekalan Air ker??.
Jawab si suami dengan ego...

Si Suami kusyuk lagi menonton bola...dan si isteri bersuara lagi...
Si Isteri: Bang, lampu di halaman rumah kita dah terbakar. Tolong ganti yang baru ye....
Rayu si isteri
Si suami: Pasang lampu?? Awak ingat saya ni TNB ker???
Jawab si suami mengejek

Si Isteri: Kalau abang taknak betulkan takper la tapi kalau keluar nanti belikan gas. Gas dah abis la...

Ish...potong stim betul la...(Desus si suami dalam hati. Lantas si suami mancapai kunci kereta dan berkata....
Si Suami: Maaf tapi saya tak kerja kat Petronas.
Jawab si suami dengan sinis.

Lalu si suami pun keluar dari rumah dan lepak di kedai mamak untuk menyambung tengok bola. Mungkin dia tak tenang nak tengok bola dirumah. Selepas 2 jam, dsi suami kembali dan dia terkejut melihat halaman rumahnya terang benderang. Dia terus ke bilik air dan mendapati paip air tiada masalah lagi. Apabila dia pergi ke dapur, tong gas juga sudah penuh. Si suami kehairanan dan mula bertanyakan isterinya...

Si Suami: Awak minta tolong pada siapa betulkan semua ni?
Si Isteri: Begini, apabila abang keluar rumah semalam saya menangis di hadapan rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki lalu di hadapan rumah kita dan bertanya mengapa saya menangis. Saya menceritakan segalanya padanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tapi dengan bersyarat.
Si suami: Ape syaratnya???
Si Isteri: Syaratnya saya perlu membuat roti untuknya atau tidur dengannya
Si Suami: Jadi awak buatkan roti untuknya??
Tanya suaminya ingin tahu
Lalu si Isteri menjawab......

Si Isteri: BUAT ROTI????? AWAK INGAT SAYA NI KEDAI ROTI???

P/S: Pada semua suami... Lain kali jangan kedekut kuderat di rumah....

Monday, May 3, 2010

Shahir Tersingkir???


Adeknowray wasn't happy yesterday coz Shahir tersingkir untuk minggu ke-7. naper la mesti Shahir yang kuar? kan dia ader peningkatan dalam persembahan dia?
Smalam lek kijer, buka radio ERA n terdengar suara Shahir. Rupernyer dia tetamu jemputan pada petang tu. Ader gak dia nyayi lagu single pertama dia ciptaan Edry KRU "Kebahagiaan dalam Perpisahan". Tak nyanyi abis so xtahu nak cakap lagu nie best ker x. Hopefully lagu nie best la supaya dia leh jadi pesaing Mawi hehe... Pas nie kalo ader AF Masuk sure i undi dia. Stakat dua, tiga undi tu leh membantu kot..wink.
Frust giler...minggu nie xnak tgk AF lagi la sbb takder Shahir woo..woo... :,-(

mana datang lagi seringgit???

Meh kita sama-sama aktifkan otak kanan kita.... Jgn stress2 yer.... Selamat Berfikir!!

Ahmad miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga RM50.
Die pinjam kat kawan A RM25 dan die pinjam kat kawan B RM25 so die pegi la nak beli baju tu.

masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga Rm45.
die bayar then die dapat baki RM5. die bagi kawan A RM1 dan die bagi kawan B RM1. die tinggal RM3. die hutang kawan A RM24 dan die hutang kawan B RM24.

so die hutang RM48. die ade RM3 skarang. RM48 + RM3 = RM51..

Aik??? Naper ader lebih seringgit lak?