BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat Datang ke Blog Saya...

Tuesday, May 4, 2010

Kedai Roti

Terdapat sepasang suami isteri yang sentiasa krisis (gaduh2 manja kot..) Suatu hari si isteri berkata pada si suami yang sedang kusyuk tengok bola.

Si Isteri: Bang, paip air dah rosak. Tolong betulkan sebab airnya tak keluar.
Si Suami: Betulkan paip?? Awak ingat saya kerja di Jabatan Bekalan Air ker??.
Jawab si suami dengan ego...

Si Suami kusyuk lagi menonton bola...dan si isteri bersuara lagi...
Si Isteri: Bang, lampu di halaman rumah kita dah terbakar. Tolong ganti yang baru ye....
Rayu si isteri
Si suami: Pasang lampu?? Awak ingat saya ni TNB ker???
Jawab si suami mengejek

Si Isteri: Kalau abang taknak betulkan takper la tapi kalau keluar nanti belikan gas. Gas dah abis la...

Ish...potong stim betul la...(Desus si suami dalam hati. Lantas si suami mancapai kunci kereta dan berkata....
Si Suami: Maaf tapi saya tak kerja kat Petronas.
Jawab si suami dengan sinis.

Lalu si suami pun keluar dari rumah dan lepak di kedai mamak untuk menyambung tengok bola. Mungkin dia tak tenang nak tengok bola dirumah. Selepas 2 jam, dsi suami kembali dan dia terkejut melihat halaman rumahnya terang benderang. Dia terus ke bilik air dan mendapati paip air tiada masalah lagi. Apabila dia pergi ke dapur, tong gas juga sudah penuh. Si suami kehairanan dan mula bertanyakan isterinya...

Si Suami: Awak minta tolong pada siapa betulkan semua ni?
Si Isteri: Begini, apabila abang keluar rumah semalam saya menangis di hadapan rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki lalu di hadapan rumah kita dan bertanya mengapa saya menangis. Saya menceritakan segalanya padanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tapi dengan bersyarat.
Si suami: Ape syaratnya???
Si Isteri: Syaratnya saya perlu membuat roti untuknya atau tidur dengannya
Si Suami: Jadi awak buatkan roti untuknya??
Tanya suaminya ingin tahu
Lalu si Isteri menjawab......

Si Isteri: BUAT ROTI????? AWAK INGAT SAYA NI KEDAI ROTI???

P/S: Pada semua suami... Lain kali jangan kedekut kuderat di rumah....

0 comments: