Hepi Bezday, Mr San...!!!
Kek mmg sedap. Menu salad kentang tu pun not bad...
Ada acara pertandingan kad bezday ter..kreatif. Suma department wat kad besar2. Marketing Dept jer kecik..huhu... xper...yg penting sumerorg enjoy aritu...
Selamat Datang ke Blog Saya...
Hepi Bezday, Mr San...!!!
Posted by adeknowray_fifie at 10:14 PM 1 comments
Posted by adeknowray_fifie at 9:08 PM 0 comments
Malam Pertama......
Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk.
Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Malu agaknya.
Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli.
Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil.
Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, “Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?”
“Dah, apa citer ni ?” tanya Ramli dlm hati.
Separuh malam dia terbaring berfikir.
“Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau?
Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.
Malam ke 2....
Adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza.
Bisik isteri “Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?”
“Kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad.
Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’
“Lah..” keluh ayah Ramli,
“Aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?”
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet… (yg relevan untuk pegantin baru je!)
Sepatah cakap orang putih “about the birds & the bees”.
“Oh. cam tu.” sengih ramli, “baru saya paham.
Taulah apa nak buat malam ni!”
Malam ke 3.....
Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur.
Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.
“Lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up” tertanya2 si Ramli.
Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri,
Ramli pun berkata, “Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?”
Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun…
“Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun..masih takde jawapan… Ramli mencuba lagi. “Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?”
Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut,
“Maaf tuan… Landasannya baru saje banjir...!!!"
P/S: Hahaha...cian kt kedua-duanye
glitter-graphics.com
Posted by adeknowray_fifie at 6:20 PM 0 comments
Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah.... Emak pengantin lelaki menasihati anaknya...."Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama....maka kamu harus kata ...Kapal terbang ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya.... "Nak....bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat....maka jawabnya....Lapangan terbang sudah sedia ". Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba....Si suami tak sabar-sabar dan pabila
Malam tiba....hatinya berdebar-debar..... Dia mendekati si isteri lalu mengatakan "Kapal terbang ingin mendarat" Si isteri seperti tidak faham dan berkata "Saya penat bang ...mari kita tidur." Si suami hampa....namun dalam hatinya berkata..."Tak apa mungkin isteri aku malu....beri dia peluang kedua"
Tiba malam kedua, "Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Malangnya si isteri masih tidak faham.....kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar...dalam hatinya berkata...."Berita apa pula ini....Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun....tak ada kena mengena dengan saya." Kemudian dia berkata kepada si suami "Sudah lah tu bang ....janganlah baca suratkhabar lagi....mari kita tidur " Si suami hampa lagi....tetapi dalam hatinya berkata "Tak apalah esok masih ada."
Tiba malam ketiga ....Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat...lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata "Mana ada kapal terbang !!" Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ....si suami hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya isteriku....membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepadaku." Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
Keesokan harinya, si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata ...kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata "Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak jawab apa-apa...Si ibu berkata lagi...."Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama....sepatutnya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia....sebagai tanda bersetuju " Oh saya lupalah ibu....tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul"
Maka tiba malam keempat .....si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ....si isteri tertanya-tanya....bilakah gerangan si suami akan bertanya.....Si isteri akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu lagi.....apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata "Lapangan terbang sudah sedia", Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri....dengan muka yg masam menjawab,,
"KAPAL TERBANG ROSAK"..........
P/S: Yang isteri lembab, yang suami lak cepat merajuk haha...
Posted by adeknowray_fifie at 11:30 PM 0 comments
Masih awal bulan so gaji masih agak2 banyak untuk kiter berjoli. Skali skala mk luar aper salahnyer kan? Slalunyer kami serbu A&W sbb root-bear n floatnyer....mmm...cedapnyer...
Posted by adeknowray_fifie at 8:01 PM 1 comments
Posted by adeknowray_fifie at 8:37 PM 1 comments