BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat Datang ke Blog Saya...

Tuesday, February 7, 2012

Sambutan CNY 2012@Leno

Lamanye x update....... Ye la...dulu xda laptop sendiri hehehehe

Nk ckp byk pun xteringat cara nk mengarang dah. Just nk kongsi je gambar masa pertandingan karok aritu.
Bukan la nk nyanyi sgt (walaupun i mmg gila karok) tp sbb xde wakil dari Mktg Dept so terpaksa la aku wakil hehehe.
Dpt gak la no 3. (Ok la tu kan......suara pun xla sedap mana).


                                                    First time nyanyi lagu Jerat Percintaan


                                                 Ni dak2 ofis la ni suruh dia bg bunga...hish.....

                                                          Makan besar.......



glitter-graphics.com

Tuesday, February 22, 2011

Lirik Warkah-Bau

Lagu ni best sangat. Warkah dari kumpulan Bau. Ost Sinderela.  Sayu n syahdu huhu...

C G
takkan lagi aku menunggu
Am Em
kau hadir didalam mimpi-mimpiku
C G
puas ku mengharapkan dirimu
Am Em
seperti mereka yang punya cinta
C G
diriku tanpa dirimu
Am Em
kau tempuhi penuh bahagia
C G
diriku mahu kau tahu
Am Em
pedih ini kau tak terasa
C G
warkahku mengharapkan dirimu
Am Em
seperti yang aku kenali dulu
C G
setiaku menantikan dirimu
Am Em
seperti setianya terhadap dirimu
C G
tapiku melepaskanmu
Am Em
melangkah namun tak berdaya
C G
terusku terus menunggu
Am Em
cinta yang takkan pernah ada
C G
oooooooo…..
Am Em
oooooooo…..

c G
tapiku melepaskanmu
Am Em
melangkah namun tak berdaya
C G
terusku terus menunggu
Am Em
cinta yang takkan pernah ada
c G
tapiku melepaskanmu
Am Em
melangkah namun tak berdaya
C G
terusku terus menunggu
Am Em
cinta yang takkan pernah ada
 
P/S: Time putus cinta dulu meraung kalo dgr lagu ni. Sedey tau.. huhu....
glitter-graphics.com

Saturday, February 19, 2011

Blueberry Cheese Tart

Smalam kononnye nak g tgk wayang cite Khurafat. Aku dah excited dah...sbb dah lama cadang nk tgk cite ni tp xder rezeki nk tgk sbb kwn2 aku asik ader hal je. Maklumla...hidup xder pakwe ni nak bersosial pun kena tunggu member.
Namun....rezeki nak tengok cite Khurafat masih tak berpihak pada aku. Kwn aku yg ni pun ader problem gak. Huhu...why? Why????? T_T.

So...atas kesedihan n depressed yg melampau...aku pun cuba salurkan stress aku tu ke arah benda yg lebih bermanfaat. Xkan nk peluk bantal n menangis sbb xdpt tgk wayang kan? kan? (Walaupun aku mmg sgt stress sbb kempunan nk tgk cite tu). Maka...jeng..jeng..!!!
Aku pun wat la Blueberry Cheese Tart ni.....

Start wat kul 10pm. This is my first time ok...so... 1st adunan mmg pelik rupenyer. Tebal sgt la pulak pastrinye... So..2nd adunan tu aku nipiskan sket pastrinye.
Bila dah bakar...alamak... Nape kulit pastrinye ni keras n rangup? xrapuh cam kat kedai tu pun.... Aisey...maybe aku terbubuh lebih gula icing da....  Baru ingat nk bwk ofis bg diorg mkn tapi dah jadi cmni aku xnak bawa la. Nti kena gelak dgn diorg terutama Kak Yati..haha.
Tapi bila dah makan tu...sedap gak beb hehe. (ni bukan perasaan tapi kenyataan...haha). Bila dah siap sumenyer..tgk2 jam..uih..dah kul 4am lebey la pulak. Maklumla...first time wat mesti la terkial2 kan...

So...next time aku akan try wat lagi... Cuba sampai berjaya. Nti leh bagi kat bakal mak mentua. (amik ati haha). Xper..aku ada byk masa nk baiki sbb aku pun belum ada bakal mak mentua lagi hehe....

P/S: Terpaksa la aku beli CD Khurafat je...huhu


glitter-graphics.com

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum.......
Ape tarikh hari ni yek? Semalam 14 Febuari kan? so....diharap x der la kwn2 aku yg muslim tu menyambut Valentine Day yek...hehe
Tapi lupakan seketika ari smlm... Kite fokus pada hari ni. Hari ape ye? Ada aper dgn ari ni? Hari Selasa... Check.. Tarikh? 15 Febuari... Check.. Jom kite selak2 lak kalender Islam... 12 Rabiulawwal.. Emm.... Ada aper dgn 12 Rabiulawwal??
Ha...Instead of sambut Valentine Day, nie la ari yg suppose di sambut oleh org2 Islam kat dunia nie. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Well...siapa Nabi Muhammad nie???
Remaja zaman skang ni lebih ingat artis Indonesia n artis K-Pop (aku pun minat gak...) berbanding kite kenal dgn nabi junjungan kite sendiri. Xleh nk blame diorg sgt sbb skang ni lebih byk hiburan dari ilmu pengetahuan yg didedahkan. Kalo ada siaran ilmiah pun kiter cepat2 tekan remote n tukar channel lain kan? kan? Jgn tipu la...haha
X kenal maka x cinta... betul x? so..di sini aku nk share sket sebanyak info yg aku leh post kat sini. xbanyak pun tapi at least korang dpt gak info n pemahaman about our prophet.
so...jgn dok baca biodata Wonder Girls n Baim Wong je. hafal2 sket biodata nabi kite kat bawah ni. x rugi pun.. Maybe bila dah kenal biodata n sifat2 beliau, then akan timbul rasa cinta di ati korg tu...
Enjoy....

Biodata & Profil Rasul / Nabi Muhammad SAW - Informasi Profile Tokoh Dunia

Nabi Muhammad SAW adalah nabi agama islam yang ke 25 yang wajib kita ketahui. Beliau adalah nabi yang terakhir dengan ajaran yang menyempurnakan ajaran Allah SWT sebelumnya . Kitab yang dibawa bernama kitab suci Al-Quran yang berisi ajaran untuk semua umat manusia sepanjang jaman hingga hari kiamat tiba. Iman kepada nabi dan rasul Allah SWT adalah rukum iman yang ke-2.
Biodata Rosul / Nabi Muhammad SAW :
- Lahir : Tanggal 12 Rabiul Awwal / 20 April 571 Masehi
- Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muthalib
- Nama Ibu : Aminah binti Wahab
- Nama Datuk : Abdul Muthalib
- Gelar : Al Amin / dapat dipercaya
- Nama Istri Pertama : Siti Khadijah
- Umur Menikan : 25 Tahun (istri 40 tahun) ---> 6 anak / putra
- Diangkat Menjadi Nabi : 40 Tahun di Gua Hira / Hiro
- Ayat Pertama : Al-Alaq ayat 1-5

Fizikal NabiTelah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah diantara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rataantara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kebiasaan Nabi
Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.

Rumah Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.

Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkanpula : "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.

Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.

Luaran Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.

Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

Sekian...ni je la antara info yg leh aku share dgn korg. sudah jatuh cinta dgn Nabi Muhammad S.A.W?? bagus... kalo nk tahu lebih lanjut mengenai kekasih Allah ni... rajin2 la search kt internet k. jgn on9 asik nk fb n twitter jek. Ilmu akhirat pun kena isi gak beb....

P/S: Berselawat pun salah satu cara kite mengingati nabi junjungan kiter. Dapat pahala gitu2 je...


glitter-graphics.com

Missing Someone.....

Dear Diary....
Mana nak mula...?
Honestly...things gone bad.
Mana dia? Where is he??
Am I thingking it too much? Am I taking it too serious?
I'm missing someone. I'm missing the "old" him...
He's right in front of me but he's not the same as he was before. He's different. Totally different!!
Why...??? Why the sudden change?
What have i done? Have i done anything wrong?
Would you just tell me the reason of your act n I'll try my best to change.
It seems so hard to explain. It does hard for me to say it, although I want to scream and shout it all out from my heart.
You one of a kind. Crazy..yet a phoney. Yup...you're such a phoney..
But still....

I don't ask anything n I won't ask for anything....
Just come back..
I'm missing the good old days. You n me, gather, teasing n laughing.
No pain, no sorrow. No need to think when we want to tease each other coz that's what we are.
Tuhan....
I just want the "old" him.....

P/S: Kalo la boleh taip2 cmni n klik "send" pada Yang Maha Esa....hehe



glitter-graphics.com

Thursday, August 19, 2010

Pencarian Kuih Cara Berlauk

Selamat Berpuasa semua.... Walaupun dok kijer dlm air cond tapi tetap rasa letih n mengantuk hehe...
Akhirnyer....pencarian Kuih Cara Berlauk berhasil gak hahaha.... Ye lah...awal minggu puasa asik ujan so xdapat g bazar ramadhan. Bila ari xujan, cari2 x jumpa lak... Sabar...dugaan tu. Ari Selasa tu g bazar kat Rahman Putra dgn Imah (depan Perodua blakang area The Store tu..). Sanggup redah hujan renyai tu...nk cari Cara Berlauk punyer pasal. Alhamdulillah, dapat. Tapi warna kuih tu xberapa nk kuning la...pucat jer tapi beli gak. Ye la...don't judge the book by it's cover la konon... Rupa luaran x penting, yg penting rasanya kan..? Beli skali popia basah..
Sampai la waktu berbuka puasa...jeng2... Sekali manis la pulak kuih Cara Berlauk tu.... Aisey,xsyok la pulak. Makin sekeping dua je. Terpaksa la buang. Xper....sok lusa leh cari lagi. Puasa lama lagi..hehe.
Semalam g lak bazar depan Econsave tu sbb Kak Yati kata ader kat sana.. Jumpa pun...Aisey,daging lak sikit. Xper la,makan ni jgn cerewet sgt x gitu. Janji kiter cukup makan n pakai. Beli la Rm2... Alhamdulillah...sedap gak la... yang penting hajat aku nk pekena kuih tu dah dimakbulkan Tuhan...hehehe

Menarik,kan...???? yum..yum..


glitter-graphics.com

Tuesday, August 10, 2010

Leno Warehouse Sale 2010

Alhamdulillah....setelah 4 ari straight bekerja keras mempromote Dringo yg 3 botol Rm18 hinggit tuh, San Cafe Kacip Fatimah yg Rm7 tu..akhirnya tamat juga warehouse tu huhu... Letih tumit ni berdiri...jari sume bercalar sbb packing. Mcm2 jenis customer yg kiter leh jumpa tapi xper..sbb target capai beb,hehe.
Bos...xkan wat jamuan mkn2 jer... Duit poket utk raya ni xder ke...???

Ni gerai F&B

Aku, Alef, Kak Zila n Faizal selaku org penting yg promote barang makanan...


Ramainyer manusia....



P/S: Slamat Berpuasa utk suma umat Islam yg ader di dunia nie..... Posa...jgn xposa...!!


glitter-graphics.com

Monday, July 26, 2010

Hari Jadi Mr San

Hepi Bezday, Mr San...!!!

Ni gambar2 sambutan bezday Mr San, Bos Leno pada Jumaat lalu...
Kek mmg sedap. Menu salad kentang tu pun not bad...
Ada acara pertandingan kad bezday ter..kreatif. Suma department wat kad besar2. Marketing Dept jer kecik..huhu... xper...yg penting sumerorg enjoy aritu...





Ni la kad Marketing dept... Kiut kan..??

Kad dari semua dept

Sunday, July 11, 2010

Sepanyol Juara FIFA World Cup 2010...


Akhirnya sudah terjawab.. Spain cipta sejarah sendiri dari pasukan yang x pernah masuk separuh akhir, terus jadi juara untuk Worldcup 2010. Ramalan Paul, si sotong benar belaka & untuk Mani, si burung yang wat ramalan Belanda akan menang tu...mesti kena sembelih sbb salah teka hahaha...

P/S: Berjudi dosa, percaya si sotong n burung leh wat ramalan pun dosa tau... Cian n klaka bila Paul kena ugut bunuh.. Dia amik kupang dalam bekas pun nk kena bunuh...hahaha

Wednesday, July 7, 2010

Suami lak Lembab....

Malam Pertama......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk.
Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Malu agaknya.
Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli.
Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil.

Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, “Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?”
“Dah, apa citer ni ?” tanya Ramli dlm hati.
Separuh malam dia terbaring berfikir.
“Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau?
Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.

Malam ke 2....
Adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza.
Bisik isteri “Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?”
“Kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’
“Lah..” keluh ayah Ramli,
“Aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?”
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet… (yg relevan untuk pegantin baru je!)
Sepatah cakap orang putih “about the birds & the bees”.
“Oh. cam tu.” sengih ramli, “baru saya paham.
Taulah apa nak buat malam ni!”


Malam ke 3.....
Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur.
Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.
“Lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up” tertanya2 si Ramli.
Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri,
Ramli pun berkata, “Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?”
Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun…
“Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun..masih takde jawapan… Ramli mencuba lagi. “Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?”

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut,

“Maaf tuan… Landasannya baru saje banjir...!!!"

P/S: Hahaha...cian kt kedua-duanye


glitter-graphics.com

Tuesday, July 6, 2010

Isteri yang Lembab...

Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah.... Emak pengantin lelaki menasihati anaknya...."Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama....maka kamu harus kata ...Kapal terbang ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya.... "Nak....bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat....maka jawabnya....Lapangan terbang sudah sedia ". Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba....Si suami tak sabar-sabar dan pabila

Malam tiba....hatinya berdebar-debar..... Dia mendekati si isteri lalu mengatakan "Kapal terbang ingin mendarat" Si isteri seperti tidak faham dan berkata "Saya penat bang ...mari kita tidur." Si suami hampa....namun dalam hatinya berkata..."Tak apa mungkin isteri aku malu....beri dia peluang kedua"

Tiba malam kedua, "Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Malangnya si isteri masih tidak faham.....kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar...dalam hatinya berkata...."Berita apa pula ini....Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun....tak ada kena mengena dengan saya." Kemudian dia berkata kepada si suami "Sudah lah tu bang ....janganlah baca suratkhabar lagi....mari kita tidur " Si suami hampa lagi....tetapi dalam hatinya berkata "Tak apalah esok masih ada."

Tiba malam ketiga ....Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat...lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata "Mana ada kapal terbang !!" Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ....si suami hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya isteriku....membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepadaku." Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya, si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata ...kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata "Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak jawab apa-apa...Si ibu berkata lagi...."Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama....sepatutnya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia....sebagai tanda bersetuju " Oh saya lupalah ibu....tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul"

Maka tiba malam keempat .....si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ....si isteri tertanya-tanya....bilakah gerangan si suami akan bertanya.....Si isteri akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu lagi.....apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata "Lapangan terbang sudah sedia", Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri....dengan muka yg masam menjawab,,
 "KAPAL TERBANG ROSAK"..........

P/S: Yang isteri lembab, yang suami lak cepat merajuk haha...


Bila dak Leno ke A&W....

Masih awal bulan so gaji masih agak2 banyak untuk kiter berjoli. Skali skala mk luar aper salahnyer kan? Slalunyer kami serbu A&W sbb root-bear n floatnyer....mmm...cedapnyer...




Imah dgn float & aku dgn burger yg keras rotinya huhu...

Kalo makan sumer senyum lebar tapi kalo wat kijer.....

P/S: Sempat lagi promote Leno Warehouse Sale kat borang survey A&W haha...


glitter-graphics.com

Sunday, July 4, 2010

Mohd Menang...!!! Tapi Argentina lak Kalah.... woo...



















Puas ati mlm tadi bila Mohd n Ziana Zain menang dlm konsert terakhir Mentor. Sedikit sebanyak terubat juga tensen di hati bila Argentina kena belasah 4-0 dgn German. Malam ni Sepanyol lwn German lak so mlm nie nk sokong German lak la hehehe...

Bersabar lah....wwooo.... T_T


glitter-graphics.com

Tuesday, June 29, 2010

Wakil Asia Tersingkir lagi....

Frust la Jepun kalah dgn Paraguay semalam... Lepas Korea, akhirnya xder la wakil Asia yg mara ke peringkat seerusnya. Anyway...Jepun main dgn bagus malam tu. Seri tau...siap tambah masa 30minit but still seri. Terpaksa wat penalty kick. Malang wat Jepun sbb sepakan kali ketiga dari Komano terkena atas palang gol... Kesimpulannya... Paraguay menang dgn penalty 5-3.

P/S: Xper la...at least Jepun n Korea msk World Cup walaupun kecundang... Malaysia...??? Woo.... T_T... (Comei x yg no 17 tu..??? hehe)




glitter-graphics.com

Sunday, June 27, 2010

Kisah Sang Siput yg Tidak Mudah Putus Asa....

Ni kisah sang Siput. Mmg agak geli sket tapi pengajaran yg didapati sgt berguna utk kita yg sentiasa ragu2 terhadap kehidupan. Ragu2 samada di tempat kijer atau dirumah. Renung2kan n semoga berjaya dalam apa jua keputusan yg anda pilih... Watch n learn.....



When someone tells you that you can't do something.....

Look around.......


Consider all option....



















Then GO for IT!!


















Use all the God have gave you..!!

















Be Creative as GOD give you Brain to Think!!


















In the End, you will Succeed and Prove them Wrong!!!




















Always remember
"Where there is a will, there is a way"

P/S: Kesimpulannyer jgn terpengaruh dgn anasir2 luar yg nak jatuh kita. Dalam kata mudahnyer... "Belum Try, Belum Tau....". Yg penting jgn mudah putus asa...



glitter-graphics.com

Wednesday, June 23, 2010

How To Wrote a Resign Letter....

Ha...ni adalah panduan untuk anda2 yg nk berenti kije tapi xtahu nk tulis surat resign cmner. Especially untuk pekerja2 LENO yg sedang giat mencari kijer baru skang ni hahaha.... Watch & learn, guys....

Short But Not Formal


A Bit Formal....


The Formal one....



Or this one..????





P/S: Kalo anda seorang yg ekstrem dan sgt tertekan spjg bekerja...bole la guna contoh yg ke 4 tu hehehe...


glitter-graphics.com

Monday, June 21, 2010

Dadih.....

Hari Ahad yg lalu ader pelancaran Skuad Sayang Wanita UMNO kt Pejabat UMNO Kota Damansara nih. So...si Gayah jiran aku ni suruh aku prepare makanan utk jualan under gerai Puteri UMNO. Aisey...aper aku nk jual? Aku mana ader pengalaman menjual2 kt gerai nih. Last2...aku jual la dadih.. Xpernah wat pun dadih ni tapi hentam je la.. Janji ader benda nk dijual...



                                                     Guna ajer serbuk segera ni....
Ader kaler Pink..Kuning..Coklat n Purple...



Ni la gerai kami..

Ni Konvoi utk jemput Datin Seri Rosmah Mansor



Poco-poco dari Bahagian Kapar


Penat tapi mantain....


glitter-graphics.com