BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat Datang ke Blog Saya...

Tuesday, May 4, 2010

Kedai Roti

Terdapat sepasang suami isteri yang sentiasa krisis (gaduh2 manja kot..) Suatu hari si isteri berkata pada si suami yang sedang kusyuk tengok bola.

Si Isteri: Bang, paip air dah rosak. Tolong betulkan sebab airnya tak keluar.
Si Suami: Betulkan paip?? Awak ingat saya kerja di Jabatan Bekalan Air ker??.
Jawab si suami dengan ego...

Si Suami kusyuk lagi menonton bola...dan si isteri bersuara lagi...
Si Isteri: Bang, lampu di halaman rumah kita dah terbakar. Tolong ganti yang baru ye....
Rayu si isteri
Si suami: Pasang lampu?? Awak ingat saya ni TNB ker???
Jawab si suami mengejek

Si Isteri: Kalau abang taknak betulkan takper la tapi kalau keluar nanti belikan gas. Gas dah abis la...

Ish...potong stim betul la...(Desus si suami dalam hati. Lantas si suami mancapai kunci kereta dan berkata....
Si Suami: Maaf tapi saya tak kerja kat Petronas.
Jawab si suami dengan sinis.

Lalu si suami pun keluar dari rumah dan lepak di kedai mamak untuk menyambung tengok bola. Mungkin dia tak tenang nak tengok bola dirumah. Selepas 2 jam, dsi suami kembali dan dia terkejut melihat halaman rumahnya terang benderang. Dia terus ke bilik air dan mendapati paip air tiada masalah lagi. Apabila dia pergi ke dapur, tong gas juga sudah penuh. Si suami kehairanan dan mula bertanyakan isterinya...

Si Suami: Awak minta tolong pada siapa betulkan semua ni?
Si Isteri: Begini, apabila abang keluar rumah semalam saya menangis di hadapan rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki lalu di hadapan rumah kita dan bertanya mengapa saya menangis. Saya menceritakan segalanya padanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tapi dengan bersyarat.
Si suami: Ape syaratnya???
Si Isteri: Syaratnya saya perlu membuat roti untuknya atau tidur dengannya
Si Suami: Jadi awak buatkan roti untuknya??
Tanya suaminya ingin tahu
Lalu si Isteri menjawab......

Si Isteri: BUAT ROTI????? AWAK INGAT SAYA NI KEDAI ROTI???

P/S: Pada semua suami... Lain kali jangan kedekut kuderat di rumah....

Monday, May 3, 2010

Shahir Tersingkir???


Adeknowray wasn't happy yesterday coz Shahir tersingkir untuk minggu ke-7. naper la mesti Shahir yang kuar? kan dia ader peningkatan dalam persembahan dia?
Smalam lek kijer, buka radio ERA n terdengar suara Shahir. Rupernyer dia tetamu jemputan pada petang tu. Ader gak dia nyayi lagu single pertama dia ciptaan Edry KRU "Kebahagiaan dalam Perpisahan". Tak nyanyi abis so xtahu nak cakap lagu nie best ker x. Hopefully lagu nie best la supaya dia leh jadi pesaing Mawi hehe... Pas nie kalo ader AF Masuk sure i undi dia. Stakat dua, tiga undi tu leh membantu kot..wink.
Frust giler...minggu nie xnak tgk AF lagi la sbb takder Shahir woo..woo... :,-(

mana datang lagi seringgit???

Meh kita sama-sama aktifkan otak kanan kita.... Jgn stress2 yer.... Selamat Berfikir!!

Ahmad miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga RM50.
Die pinjam kat kawan A RM25 dan die pinjam kat kawan B RM25 so die pegi la nak beli baju tu.

masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga Rm45.
die bayar then die dapat baki RM5. die bagi kawan A RM1 dan die bagi kawan B RM1. die tinggal RM3. die hutang kawan A RM24 dan die hutang kawan B RM24.

so die hutang RM48. die ade RM3 skarang. RM48 + RM3 = RM51..

Aik??? Naper ader lebih seringgit lak?