BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat Datang ke Blog Saya...

Thursday, May 6, 2010

Hepi Mother's Day

Guys....ari Ahad nie (09.04.10) adalah Hari Ibu...
So? Sudahkah anda membeli hadiah untuk Ibu anda? Beg tangan, jam tangan, gelang tangan, keronsang atau aper saja yg barang yang Ibu anda dah lama....idam atau perhatikan.
Atau ader terlintas di fikiran nak celebrate Ibu anda dgn berjalan2? Maybe blanja makan malam...n lepas tu ronda2 sekeliling KL. Saja tgk lampu2 kat KL...(Mesti jam masa tu)
Atau ader yang nk sambut di rumah saja? Berkumpul adik beradik, asakkan makanan yang special, n beli sebiiji kek dan makan beramai2. Masa tu mesti best kalo berborak sambil mengimbas kenangan masa kecik2 dulu...
Untuk yg jauh dan xdapat bersama Ibu, takda salahnyer kalau anda kirimkan kad ucapan Selamat Hari Ibu. Call lagi afdal sbb leh dgr suara. bagi yg xcukup krdit tu...anta SMS pun boleh....
Tapi perlu diingatkan....bukan hari Ibu jer kiter kena wat baik n appriciate Ibu kiter... Hari2 kita kena ingat n layan dia dgn baik sbb ...
Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu.....

P/S: Selamat Hari Ibu, Mama....

Wednesday, May 5, 2010

Terlambat Sebulan....

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, ” ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata ” ini rumah En. Mahpus ker?”
“iya, saya ni isterinya. ada apa encik”. Pegawai TNB tu pun berkata, ” Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.” APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???”
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab ” ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
“APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? “
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan” Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
"nanti saya bincang dengan suami saya". lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata..
 “Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr???? bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???"

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
 “sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

“APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….” Jerit Si Mahpus..

Lalu pegawai TNB tu pun cakap
” kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya………..”

Si Mahpus mencelah ” apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap ” nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA”

???????????????????…………………

P/S: Ego n baran tak tentu pasal akan menyebabkan diri ternampak la sangat bodohnyer.....huhu

Tuesday, May 4, 2010

Kedai Roti

Terdapat sepasang suami isteri yang sentiasa krisis (gaduh2 manja kot..) Suatu hari si isteri berkata pada si suami yang sedang kusyuk tengok bola.

Si Isteri: Bang, paip air dah rosak. Tolong betulkan sebab airnya tak keluar.
Si Suami: Betulkan paip?? Awak ingat saya kerja di Jabatan Bekalan Air ker??.
Jawab si suami dengan ego...

Si Suami kusyuk lagi menonton bola...dan si isteri bersuara lagi...
Si Isteri: Bang, lampu di halaman rumah kita dah terbakar. Tolong ganti yang baru ye....
Rayu si isteri
Si suami: Pasang lampu?? Awak ingat saya ni TNB ker???
Jawab si suami mengejek

Si Isteri: Kalau abang taknak betulkan takper la tapi kalau keluar nanti belikan gas. Gas dah abis la...

Ish...potong stim betul la...(Desus si suami dalam hati. Lantas si suami mancapai kunci kereta dan berkata....
Si Suami: Maaf tapi saya tak kerja kat Petronas.
Jawab si suami dengan sinis.

Lalu si suami pun keluar dari rumah dan lepak di kedai mamak untuk menyambung tengok bola. Mungkin dia tak tenang nak tengok bola dirumah. Selepas 2 jam, dsi suami kembali dan dia terkejut melihat halaman rumahnya terang benderang. Dia terus ke bilik air dan mendapati paip air tiada masalah lagi. Apabila dia pergi ke dapur, tong gas juga sudah penuh. Si suami kehairanan dan mula bertanyakan isterinya...

Si Suami: Awak minta tolong pada siapa betulkan semua ni?
Si Isteri: Begini, apabila abang keluar rumah semalam saya menangis di hadapan rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki lalu di hadapan rumah kita dan bertanya mengapa saya menangis. Saya menceritakan segalanya padanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tapi dengan bersyarat.
Si suami: Ape syaratnya???
Si Isteri: Syaratnya saya perlu membuat roti untuknya atau tidur dengannya
Si Suami: Jadi awak buatkan roti untuknya??
Tanya suaminya ingin tahu
Lalu si Isteri menjawab......

Si Isteri: BUAT ROTI????? AWAK INGAT SAYA NI KEDAI ROTI???

P/S: Pada semua suami... Lain kali jangan kedekut kuderat di rumah....