BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat Datang ke Blog Saya...

Monday, April 19, 2010

kenanganku-Wataniah part 1














Nornafisah Halit, PBT 6144606

Ni hostel wokyoh perempuan...


Boringnyer............

time2 boring cmni...lepak dpn pc n xtahu nk wat aper...

tetiba teringat member2 lama zmn wokyoh dulu..(Wataniah)

org kecik jer...tapi ganaz tau hehehe


Zai, Shahidan, Yana, Aku & Ieka (Kat depan)

masa tu igt lagi, Encik Fadzil baru mengajar kt Kolej Shahputra. Dia ajar subjek Computer. masa tu kami sumer tergamam. comelnyer lecturer nih.... paling tergamam Cik Zie(Jemah). rupernyer dia Leftenan Muda dlm Wataniah. atas dorongan beliau...majoriti kelas aku join wokyoh. tambah2 Jemah coz dia dah "cloud 9" sama itu lecturer.


Aku Wataniah ker minah Rempit???

first xtvt wokyoh yg kitorang join adalah "Latihan Berterusan Siri 1/2004, 14 - 20 April 2004". masa tu kitorang dok kat Ceruk Paloh, Pahang selama seminggu. gotong royong, kawad, tido kat balai raya...mandi pun berebut, masa tu muka mmg xtahu malu so kami g la minta izin mandi kat umah org kampung hahaha..










Pumpin, Aku, Pak Li, Donny & Zai di Ceruk Paloh




"Latihan Asas Parajurit Muda Siri 2/2004, 26 April - 25 May 2004"

Ha.....yang nie Kursus naik ker Prebet di Kem Jerantut, Pahang. Ramai yang lapor diri. Masa nie la mula kenal ramai kwn2 dari Jerantut, Pekan, Raub.... bila dah mula kenal, tiap2 ari nengok muka itu gak...jadi ramai la antara kengkawan yg terjebak dgn cinta sementara. (termasuk la aku hahaha). masa nie aku agak geng dgn bebudak Bukit Sagu sbb kwn2 kolej aku kebanyakannyer platun lain.




Team Bukit Sagu








Dalam trak askar...
Setiap latihan kt sini... ayat paling famous adalah, "Kuih lapis, Kuih gulung, Kuih donut" naik "kenyang" layan kuih2 tu. nyaris muntah masa wat kuih gulung. tepi padang kawad tu rupernyer dh biasa kena muntah pas layan kuih2 tu hahaha. Ada satu part tu, aku n kwn2 tersampai awal kt dewan mkn. sepatutnya belum sampai masanya. (biasala askar kena ikut time). "Cik Misai" yg melentik tu nmpk. apalagi.... "Apa yg kau buat tu skuad? Ini belum masa utk kau makan. Lari la kau, 5 papan...!!!!" Arrgghhh!!!! Berlari la kami 5 pusingan keliling padang kawad hahaha.... terus xselera aku nk mk pas tu. disebabkan byk sgt kena layan "papan", bila abis latihan jer sarjan perli, "nti kau semua balik rumah, bawak papan2 tu skali. boleh buat rumah". Kurang asam...




Ni buka gambar kami nak pi berkelah ok....

Kat sini gak aku blajar macam2 yg ditempuhi oleh para askar kiter yang sentiasa berjuang demi keamanan Malaysia, cewah.... Walaupun xsedasyat diorg at least aku dapat rasa sket basic n memahami keadaan diorg masa tu. Bayangkan la, ada seminggu tu mereka tinggalkan kami kat satu "bukit" yang padang jarak, padang terkukur. dah la panas, xda pokok nk berlindung. nk mandi? seingat aku, time tu kami 2x jer dlm minggu tu hehehe. bau xder saper yg perasan sbb sumernyer bau masam hahaha...


sembhyg? time ni la "air minum ku, air wuduk ku jua". Jimat beb... time nie jgn ader saper pun yg kata dia bwk berus gigi. (kalo ader pun senyap2 jer). Sarjan pernah warning dulu..."Sapa2 bwk berus gigi, aku suruh satu platun berus gigi diorg dgn berus tu dan kau org yang terakhir pakai berus tu, dapat?" iyeewww...gelinyer... tapi aku paham niat sbnrnyer...org nk berperang slmtkan negara xkan kau sebok nk jaga penampilan diri,kan? tapi Sarjan xla sekejam tu...nk berus boleh tapi sorok2 hehehe.

kt sana kami kena gali kubu untuk team kami sendiri dr peha smpi paras dada. wah....dalam tu. menggalilah kami bagai nk rak. utk yg xder cangkul, kami gali guna parang, bekas makanan n aper sajer yg tercapai asalkan dpt wat lubang. masa nie aku agak kagum dgn Fuadilah. minah nie dapat partner lelaki yang agak2 malas nk keluar kederat. tapi minah nie selamba jer gali kubu tu dgn tenaga dia sendiri. tabik spring aku.
Posing??? Model Tentera?????????

N di sini gak...aku ader pengalaman yg betul2 mengajar n menginsafkan aku.
waktu menggali nie, dlm keadaan panas terik...kami kekurangan air. aku ader la simpan sket air utk aku n partner aku. si Khalir (dak Raub kot) dtg n minta sket air dr kwn2 yg lain. sumer kata xder air. smpi la ke giliran aku, aku pun ckp xder iar. genap2 utk aku n partner aku. dia terus pergi tah kemana. tiba2, tgh2 giat menggali, kecoh sekeliling bila Khalir dikejarkan ke hospital sbb keracunan. rupa2nya dia turun ke bawah bukit n minum air kt tali air tu. khabarnyer air tu beracun sbb ader pihak2 yg baru meracun or what ever kt arear tu. Ya Allah....masa tu aku betul2 rasa bersalah. kenapa la aku x bagi sket air td kt dia. kalo x mybe xkan jd mcmtu. tapi Alhamdulillah...dia selamat n lusanya dia kembali menggali kubu bersama2. masa tu aku minta maaf beria2 kt dia n di just ckp " xda ape2 la... jgn risau". Sejak ari tu....aku xkedekut lagi. Insaf woo.....
kt sini juga kami berlatih tempur tanpa senjata. ni la gunanya bila peluru dah abis. xleh nk menembak so kena la pertahankan diri sendiri. ader satu part tu..aku pun lupa aper nama dia. saper2 tahu nti inform la kat aku yek... kami kena baring kt jln tar tu. matahari memancar n kaum lelaki yg xberbaju tu terpaksa menahan haba panas jln tar tu. cian kt dak lelaki. kami ladies yg berbaju nie pun terasa kepanasannya inikan lak lelaki2 yg xberbaju tu. xtvt ni sbg ujian tahan ujian n dugaan pada askar. ye la...cuba bygkan aper terjadi kalu kiter kena tahan dgn musuh. mcm2 diorg akan buat supaya kiter bocorkan maklumat kerajaan. so ini just latihan supaya kiter tahan lasak n xmudah bocorkan rahsia kerajaan.
Nie la Platun aku


Lastly, penutup kepada segala acara ialah..."Kawad Kaki". masa mula2 jejak kaki kt sini sumenyer hentak kaki berterabur. "Macam taik lembu jatuh!!!" jerit sarjan. Finally, hasil latihan sebulan....Alhamdulillah....kami berjaya utk tidak memalukan Sarjan n Koperal yang menjerit2 mengajar kami berkawad. dgn topi kura2, kasut kawad yg hitam berkilat leh pantul mcm cermin...hehehe...klakar lak bila tgk gambar tu. helmet lagi besar dari kepala aku.




Jijah, Zura, Zai, Ika, Aku, Yana & Sita




P/S:- aku paling xtahan tgk muka jemah bila En.Fadzil kata dia dh tunang. member tak selera nak makan tuh....hahaha

1 comments:

Muallim Adham said...

slm alaik.. sungguh mantap aktiviti saudari dalam tentera.. sekarang masih aktif dalam tentera?